Wednesday, February 27, 2019

9 Ciri - Untuk Kesan Iklan FB Ads Anda Perform atau Tidak




Macamana nak kesan sama ada iklan FB Ads anda tu perform atau tidak? Jom baca ni.
.

Iklan FB Ads yang baik adalah iklan yang mematuhi syarat yang ditetapkan oleh FB
.
Bukan itu sahaja, iklan FB Ads yang baik adalah iklan yang berjaya menarik perhatian pelanggan dan membuat jualan
.
Berikut adalah 9 ciri yang perlu ada dalam sesebuah iklan FB Ads yang boleh jual:

.

1) Tajuk iklan adalah tepat dan mewakili apa yang kita iklankan.
.
Maksudnya, tajuk kita menyatakan dengan tepat apa yang kita ingin promosikan.
Namun, jika kita mempromosikan FB page, tajuk bagi iklan kita adalah nama
bagi FB page tersebut.

.
2) Badan (body) iklan mewakli apa yang kita tawarkan.
.
Sebagai contohnya ‘Stok terbaru tudung 2012. Beli di sini’.
Maknanya, badan iklan kita perlu menyatakan dengan jelas apa yang kita tawarkan.
Kemudian ada ayat Call-to-Action di situ.
Berdasarkan contoh yang diberi, ayat ‘Stok terbaru tudung 2012', bermaksud kita
menjual tudung dan tudung tersebut adalah design terbaru.
Ayat ‘Beli di sini' pula bermaksud, mengajak pengguna FB untuk membeli
tudung.

.
3) Gambar iklan yang di gunakan adalah jelas, senang untuk difahami dan ada kaitan
dengan iklan yang kita tawarkan.
.
Senang cerita, gambar yang dipilih membantu iklan kita untuk lebih menonjol.
Dan, bukannya merosakkan iklan kita.

.
4) Memilih audience setepat mungkin dan tidak terlalu umum.
.
Untuk pengetahuan, kita boleh mencipta seberapa banyak kempen pengiklanan yang
kita mahukan.
Jadi, kita target audience setepat yang mungkin dengan memilih demografik, lokasi dan
interest dengan tepat.

.
5) Iklan FB Ads kita mempunyai matlamat yang jelas.
.
Kita perlu tahu dengan jelas kenapa iklan FB Ads ini dicipta.
Apabila kita mempunyai matlamat, senang untuk kita cipta iklan yang lebih berkualiti di
masa akan datang.
Maksudnya apabila kita buat review tentang prestasi pengiklanan kita, kita akan tahu
apa yang hendak diperbaiki berdasarkan matlamat yang telah kita tetapkan.

.
6) Iklan FB Ads kita nampak professional.
.
Iaitu tidak meleret, tepat, jelas, senang di fahami dan padat.

.
7) Iklan kita mempunyai kadar nilai klik yang tinggi dan semakin hari bilangan klik
tersebut tetap meningkat secara konsisten.
.
Iklan FB Ads yang baik adalah iklan yang diklik oleh sasaran pelanggan kita.
Semakin banyak orang klik iklan kita, semakin tinggi potensi untuk iklan FB Ads
kita membuat jualan.

.
8) Perniagaan kita mula berkembang dengan baik hasil daripada pengiklanan di
FB Ads.
.
Antara penanda aras iklan FB Ads kita berjalan dengan lancar dan baik, bisnes
yang kita usahakan semakin berkembang.
Jualan semasa banyak yang masuk ke dalam bisnes kita.
Permintaan terhadap produk kita juga semakin meningkat.

.
9) Keuntungan yang kita peroleh adalah lebih banyak dari modal yang kita laburkan
untuk pengiklanan di FB Ads.
.
FB Ads adalah sebuah kos yang perlu kita keluarkan untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Antara petunjuk yang baik terhadap bisnes kita apabila menggunakan FB Ads adalah:

1) Jumlah jualan semakin meningkat.
2) Pendapatan bisnes kita naik.
3) Keuntungan hasil jualan di FB Ads tinggi dan dapat menampung kos pengiklanan FB Ads yang kita laburkan.

Malah dapat untung lebih lagi!

.
Nak belajar FB Ads melalui 40 Video Tutorial lengkap dan updated mengikut alqorithm terkini FB ? Cepat buka link SINI sebelum akses ditutup.

No comments:

Post a Comment