Wednesday, February 20, 2019

11 Cara Menulis Ayat Garis Kepala (Headline) pada Gambar FB Ads Anda


Apabila kita mahu menulis iklan, sudah pasti perkara pertama yang pelanggan mahu baca adalah headline-nya (tajuk). Betul ke betul? Jika kita mahu membaca sesuatu iklan itu sampai habis, mesti kita baca headline-nya dahulu kan
.
Jika headline tu menarik, baru lah timbul minat untuk kita membaca terus isinya.
.
Jadi perkara pertama pelanggan tertarik semasa membaca iklan adalah headline (tajuk)!
.
Di dalam blog sifufbads.com, Jamal SifuFBads seorang pakar FB Ads
menegaskan bahawa.."65%-70% orang melekat dengan iklan kerana tajuknya!"
.
Contoh situasi yang sering kita lakukan adalah apabila membaca surat khabar Harian Metro. Mula-mula kita akan 'scan' dulu tajuk yang menarik perhatian kita.
Kemudian, baru kita baca content-nya an an..

.

Headline yang Tak Menarik, Membuatkan Orang Tak Minat Klik Iklan FB Ads Kita
.
Begitu juga dengan FB Ads. Orang akan membaca iklan kita apabila tajuknya menarik perhatian mereka. Jika tajuk tidak menarik, sudah pasti pelanggan tidak mahu klik iklan FB Ads kita , akhirnya kos iklan akan jadi mahal.
.
Rugi rasanya jika:

a) Offer kita sudah power.. rugi siapa yang tidak berebut untuk mendapatkannya..

b) Produk kita bagus.. sudah meletop di pasaran.. Tetapi takde orang nak beli kerana headline yang tidak menarik.

.

4 Kelebihan Headline – Buat Pelanggan Baca Iklan Kita Sampai Habis!
.
Terdapat 4 fungsi buat sesuatu Headline:

1) Menarik perhatian pelanggan dalam masa 7 saat
Headline berfungsi sebagai penarik perhatian pelanggan supaya berhenti dan
membaca iklan Facebook Ads kita sehingga habis.

2) Menangkap emosi pertama pelanggan dalam masa 3 saat
Headline juga membantu menangkap emosi pelanggan supaya bertindak segera untuk
klik iklan Facebook Ads kita, lebih-lebih lagi jika iklan tersebut berbentuk urgency.

3) Menapis pelanggan yang kita mahu sahaja
Dengan headline, kita dapat menangkap perhatian pelanggan yang kita mahu sahaja.
Jika iklan Facebook Ads kita tidak kena dengan pelanggan, mereka boleh membca
iklan lain.

4) Menguatkan lagi sokongan kepada gambar iklan di FB Ads
Headline yang menjual adalah headline yang menyokong gambar iklan FB Ads.
Kerana, dengan tajuk yang sesuai, gambar iklan kita mudah difahami oleh pelanggan.
.


Headline Boleh Ditulis dalam 2 Cara
.
Dalam pengiklanan FB Ads, kita boleh menulis headline dalam dua keadaan:

a) Headline ditulis pada awal iklan.

b) Headline ditulis pada gambar iklan.

Untuk meningkatkan potensi supaya iklan FB Ads kita diklik oleh lebih ramai
orang, masukkan headline pada gambar iklan.

.

5 Langkah-Demi-Langkah menulis Headline di Dalam Gambar Iklan FB Ads
.
1) Kenal siapa pelanggan sebenar kita sedalam-dalamnya.

2) Tulis headline menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelanggan.

3) Tulis dalam 3 barisan, huruf diletak rapat-rapat.

4) Study billboard yang bagus dan menarik perhatian kita (kaji penggunaan perkataan
dan gambar yang menarik perhatian kita).

5) Apabila memasukkan headline di dalam gambar iklan FB Ads, ingat peraturan
20% perkataan daripada gambar.

.

Berikut Dikongsikan 11 Jenis Headline yang Boleh dimasukkan ke Dalam Gambar iklan FB Ads:

1) Headline berbentuk story
"Badan Bob jadi kurus lepas ambil pil ABC"

2) Headline berbentuk manfaat
"Nak tahu cara yang paling cepat untuk menghilangkan 10 kilo dalam masa 2 bulan?"

3) Headline berbentuk rahsia
"RAHSIA turunkan berat badan dalam masa 7 hari tanpa diet ekstrem kini terbongkar!"

4) Headline berbentuk testimonial
"Selepas mengambil pil ABC ini selama 15 hari, dicampur dengan senaman selama 7
hari setiap hari, kini berat badan saya turun sebanyak 15 kilo" - Ina , Kuala Langat

5) Headline berbentuk fakta
"95% orang gagal menurunkan berat badan kerana tidak mengamalkan pemakanan yang betul"

6) Headline berbentuk berita
"Bakal terbit! Ebook senaman kempiskan perut dalam masa 48 jam"

7) Headline berbentuk rekomen
"Pil ABC ini betul-betul membantu mengurangkan berat badan. Saya berani rekemen!!"

8) Headline berbentuk masalah
"Badan berbau , gemuk , badan gempal?"

9) Headline berbentuk warning (amaran)
"Jangan ambil pil ABC ini jika berat badan hanya sebesar kerengga!"

10) Headline berbentuk offer (tawaran)
"Hari ni je sis! : Diskaun harga, Beli 2 botol + FREE postage!!"

11) Headline berbentuk soalan
Tanya soalan kepada pelanggan,
"Ada masalah berat badan?"
.
Semoga tips ini bermanfaat :)
.
Join group ni untuk ebook percuma FB Group FREE info Biz Online

No comments:

Post a Comment