Monday, February 25, 2019

7 Alasan – Kenapa Perlu Guna FB Ads Mulai Sekarang !


Seperti yang diketahui ramai orang sudah berjaya menggandakan jualan mereka melalui FB Ads. Kerana, ramai peniaga dan pemilik produk, sudah melihat potensi sebenar bagaimana
FB Ads dapat membantu menggandakan jualan bisnes merekaBukan itu sahaja, jenama bisnes mereka juga mula dikenali dengan cepat dan pantas selepas menggunakan FB Ads
.
Jangan abaikan 7 sebab kenapa perlu guna FB Ads mulai hari ini.. Jika tidak
mahu berada di takuk yang lama (iaitu sukar nak buat jualan) :

==

7 Alasan – Buat anda mula bertindak menggunakan FB Ads untuk gandakan jualan bisnes !

==

Bagi memudahkan kita memahami betapa pentingnya FB Ads ini, kami bawakan artikel Tuan Jamal, SifuFBads daripada blog beliau; sifufbads.com berkenaan dengan 7 sebab – kenapa kita perlu gunakan FB Ads mulai sekarang !
.

1) Pasaran tempatan di FB semakin ramai!
Ramai orang Malaysia (khususnya) telah mula menggunakan FB dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang ditulis dalam blog beliau, terdapat 12 juta++ pengguna di Malaysia yang menggunakan FB pada tahun 2011
.
Daripada data ini, kita boleh simpulkan di Malaysia sahaja, kita sudah mempunyai lebih
12 juta prospek yang boleh membeli produk kita. Tentu sekali jumlah pengguna akan terus meningkat setiap tahun hinggalah ke hari ini. Kalau tak, pasti FB pun ikut jatuh macam Friendster dan Myspace sekarang, pernah dengar?
.
Bayangkan, bagaimana jika 1% daripada 12 juta orang pengguna Facebook di Malaysia
ini, melihat iklan produk kita di FB Ads? Agak-agak, berapa banyak jualan yang kita boleh hasilkan dalam masa sebulan? Banyak kan??
.

2) Jika mahu guna FB Ads, jual kepada luar negara juga!
Bagi data yang berlainan pula, Tuan Jamal SifuFBads mengatakan, seramai 835 juta++
orang dari seluruh dunia, telah menggunakan FB ini! Apa yang menggembirakan data ini, kita mempunyai lebih 800 juta prospek yang berada di seluruh dunia!
.
Survey ini diambil daripada laman web http://www.internetworldstats.com yang melaporkan pengguna Facebook pada 31 Mac 2012
.

3) Bajet pemasaran untuk FB Ads lebih murah!
Tuan Jamal SifuFBads menegaskan, jika kita bertanya kepada mana-mana usahawan
Internet yang pernah menggunakan FB Ads untuk mempromosikan produk
mereka, Beliau yakin, usahawan Internet tersebut akan menyatakan kos pengiklanan FB
Ads adalah murah dan menjimatkan
.
Mana tidaknya, Jika kena caranya yang betul dan berkesan, kita boleh mendapat harga pengiklanan serendah USD0.01 (bersamaan RM0.04) sahaja untuk setiap klik/paparan di FB Ads (bergantung kepada nilai semasa dan setting iklan anda - kena belajar)
.
Jika dibandingkan dengan kos pemasaran di Google Ads, pengiklanan banner di
Blog, dan beriklan di Forum, kos pengiklanan FB Ads adalah lebih rendah dan murah
.

4) FB Ads lebih mensasarkan kepada targeted-customer!
Dengan FB Ads, kita boleh beriklan mengikut umur, jantina, tempat tinggal, kelayakan, minat (interest) mereka, status perkahwinan dan banyak lagi!
.
Kerana, FB Ads memberi tumpuan kepada pelanggan sebenar kita sahaja. Jika kita tinggal di ceruk kampung sekalipun, kita masih boleh mempromosikan kawasan tempat tinggal kita untuk datang ke kedai kita menggunakan FB Ads !!
.

5) Iklan FB Ads kita boleh jadi ‘VIRAL’!
Jika betul strategi pemasaran kita melalui FB Ads (guna video, Content
Markerting, atau infografik untuk mempromosikan produk), Pengguna FB boleh menyebabkan iklan kita tersebar dengan cara apabila menekan butang Share, Like atau Comment tanpa dipaksa
.
Apabila iklan kita telah tersebar, ini yang dikatakan Viral Marketing (pemasaran
tular percuma tanpa kos)! Semakin banyak dan lama iklan kita ter’viral’, semakin rendah kita membayar kos pengiklanan di FB Ads !! (FB suka dengan Iklan yang betul dan targeted, mereka cas jadi murah)
.

6) Sudah ramai orang semakin selesa membeli di FB!
Tidak dinafikan, pada hari ini semakin ramai orang sudah mula ber’shopping’ melalui FB sahaja. Tidak termasuk marketplace shopee atau lazada
.
Tuan Jamal SifuFBads berkongsi data, majoriti pada hari ini yang suka membeli di
FB adalah orang dalam kalangan umur di antara 18-34 tahun. Fakta ini dikuatkan lagi dengan jenis produk yang mereka suka beli. Antara produk yang mereka suka beli adalah:

a) Pakaian
b) Gajet
c) Permainan
d) Kek
e) Dan bermacam-macam lagi!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan produk anda melalui FB Ads ini!

7) Pengiklanan yang murah dan PANTAS!
Pada hari ini, ramai peniaga dan pemilik produk mahu mendapat hasil yang pantas untuk setiap pelaburan yang mereka keluarkan. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan FB Ads. Dengan FB Ads, dalam masa 1-3 jam (jika FB Ads dibuat dengan teknik
yang betul), iklan kita boleh dibanjiri beribu-ribu pelawat untuk melihat produk kita!
==
Jangan tunggu lama-lama untuk buat FB Ads
==
Kesimpulannya, jangan berfikir panjang untuk mengeluarkan bajet pengiklanan FB Ads. Pelajari ilmu FB Ads yang betul dan berkesan dengan pakar-pakar FB Ads di luar sana. Jika anda mahu belajar Tutorial lengkap FB Ads yang proven dan updated mengikut algorithm terkini, sila dapatkan di SINI 
.
Saya suggest anda cepat dapatkan sebab offer ni mungkin tak lama.
.
Belajar dan kuasai ilmu mereka. Kemudian, terus buat FB Ads untuk melihat
hasilnya dengan cepat! Bak kata Dr Azizan Osman, “FAST ACTION, FAST RESULT!”

No comments:

Post a Comment