Thursday, February 21, 2019

5 Langkah Membuat Kempen Pengiklanan FB Ads yang Berjaya



Bagi yang menggunakan FB Ads untuk memasarkan produknya, ikuti 5 langkah
berikut untuk menghasilkan FB Ads yang menjual :

1) Langkah Pertama
.
Tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosi.
Tentukan dengan jelas apa yang kita ingin promosikan melalui FB Ads.
Adakah kita ingin mempromosikan laman web, mailing-list, FB page atau produk
Affiliate ?

Kita perlu tahu dengan jelas perkara yang kita ingin promosikan.
Apabila kita tahu dengan jelas perkara yang kita ingin promosikan, kita sudah boleh
tentukan strategi yang terbaik untuk kita gunakan di FB Ads.
FB Ads bukan medium percuma.
Jadi, kita perlu ada strategi yang jelas.
.
2) Langkah Kedua
.
Tentukan target pengiklanan kita.
Di FB Ads, kita boleh tentukan siapa yang akan melihat iklan kita.
Secara tidak langsung, kita boleh iklankan sesuatu kepada orang yang tepat.

Kita boleh tetapkan siapa yang akan lihat iklan kita berdasarkan:
a) Lokasi, jenis bahasa, tahap pelajaran dan kerja.
b) Umur, jantina, hari jadi dan status perhubungan.
c) Like dan Minat

Berdasarkan perkara yang kita ingin promosikan, kita sudah tentukan siapa yang akan
melihat iklan kita nanti.
.
3) Langkah Ketiga
.
Reka iklan yang menarik.
Sekarang, reka iklan yang terbaik untuk kita gunakan di FB Ads.

Caranya adalah:
i) Tulis tajuk yang boleh mendapat perhatian untuk orang klik.
ii) Tulis ayat yang bersifat memujuk di bahagian badan/content supaya mereka yang
ternampak iklan tersebut berasa rugi jika tidak klik iklan kita.
iii) Gunakan gambar atau imej yang sesuai dengan tajuk pengiklanan Kita. Upload
gambar supaya iklan kita kelihatan lebih menarik.
.
4) Langkah Keempat
.
Tentukan bajet pengiklanan kita.
Di FB kita boleh tentukan untuk mengggunakan pengiklanan bersifat cost per
click atau cost per impression
.
Cost per click bermakna kita perlu bayar setiap kali iklan kita di klik.
Manakala cost per impression, bermakna kita perlu bayar setiap 1,000 kali iklan kita
dipaparkanKita bebas untuk memilih jenis pengiklanan yang kita suka. Kemudian, tentukan bajet harian
.
Bajet harian penting untuk pastikan iklan kita tidak melepasi had yang sepatutnya.
Semasa bidaan bagi harga iklan, bida harga yang tinggi sedikit dari harga cadangan.
Dari masa ke semasa, kita boleh periksa harga cadangan.
Jika harganya rendah, kita rendahkan lagi harga bidaan.
.
5) Langkah Kelima
.
Review iklan dan perbaiki.
Review prestasi iklan kita.
Dan baiki yang mana patut.
Jika prestasi pengiklanan kita teruk, kita tidak boleh biarkan sahaja.
Kita perlu baiki dan gunakan kaedah lain
.
Kebiasaannya iklan perlu dibiarkan selama 2 ke 3 hari untuk menentukan samada prestasinya boleh diteruskan atau tidak. Jika prestasi baik, kita boleh scale-up iklan untuk tambahkan reach. Jika prestasi kurang memuaskan, iklan tersebut boleh dihentikan dan adjust iklan untuk hasil yang lebih baik
.
Jika anda mahukan 40 video lengkap tutorial FBads yang terkini, boleh terus dapatkannya DI SINI sementara harga masih rendah.

No comments:

Post a Comment