Tuesday, February 26, 2019

10 Jenis Objektif Pengiklanan FB Ads



Hi guys , bila bercakap mengenai FB Ads memang tak sah kalau kita tak kenal apa objektif iklan. Atau kata lainnya matlamat sesuatu iklan tu dibuat. Ianya memang tersangat penting, supaya iklan yang dibuat tidak ke laut dalam
.
Di FB Ads, ada beberapa jenis objektif untuk membuat FB Ads. Objektif-objektif ini membantu kita untuk mengenalpasti, apakah jenis pengiklanan FB Ads yang sesuai untuk kita gunakan mempromosikan jenama, bisnes, produk atau servis kita
.
Berikut adalah objektif-objektif yang terdapat di dalam FB Ads:

.

1) Boost your posts

Objektif FB Ads ini adalah untuk meningkatkan Engagement post yang kita buat FB Ads.
Iaitu, meningkatkan Like, Comment dan Share. Apabila lebih ramai yang berinteraksi dengan post kita seperti klik Like, memberi komen di ruangan Comment atau berkongsi post dengan menekan butang 'Share', Engagement di post FB page kita akan meningkat.
Bila engagement meningkat, post kita akan lebih kerap keluar di Newsfeed para pelanggan
kita. Strategi ini sesuai digunakan untuk tujuan meluaskan promosi.

.

2) Promote your Page

Tujuan objektif FB Ads ini adalah untuk meningkatkan Like di FB page kita.
Selain itu, objektif ini memberi gambaran kepada orang ramai, bahawa bisnes kita wujud.
Bila orang ramai sedar dengan kewujudan kita, lebih ramai orang akan pergi ke
FB page kita.

.

3) Send people to your website

Objektif FB Ads jenis ini lebih kepada, Menghantar pelanggan ke laman web kita.
Melalui laman web ini, pelanggan akan membuat pembelian.
Objektif ini sesuai untuk peniaga yang mahu membuat dan meningkatkan jualan bisnes
mereka. Caj yang dikenakan hanya kepada setiap klik ke laman web kita.
Berbanding dengan 2 objektif sebelum ini, Objektif 'Send people to your website' lebih kepada mempromosikan laman web kita sendiri. Sama ada ke web jualan atau squeze page
.

4) Increase conversions on your website

Objektif FB Ads ini adalah lebih terperinci kepada pertukaran prospek menjadi pelanggan.
Iaitu, kita membuat iklan sehingga pelanggan membuat pembayaran. Caj yang dikenakan adalah untuk setiap pembelian yang berlaku di laman web kita
.
Cajnya mungkin mahal sedikit. Kerana, apabila pelanggan membeli di laman web kita, baru FB caj pengiklanan FB Ads tersebut. Pelanggan yang kita dapat juga adalah berkualiti.
Kerana, mereka betul-betul yang sudah membeli produk kita.

.

5) Get installs of your app

Objektif ini pula adalah membawa pelanggan ke laman web kita untuk memuat turun
aplikasi yang kita telah buat atau develop. Jika bisnes kita mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma atau berbayar, Objektif ini sesuai digunakan.

.

6) Increase engagement in your app

Objektif FB Ads ini lebih kurang dengan objektif 'Boost your posts'. Iaitu, untuk meningkatkan engagement ke atas aplikasi yang kita promosikan. Bukan itu sahaja..
Objektif ini bertujuan untuk menambah lebih ramai berinteraksi dan menggunakan
aplikasi yang kita bangunkan.

.

7) Reach people near your business

Jika kita seorang peniaga kedai makan atau sebarang bisnes yang mempunyai kedai
(shop lot), Kita boleh war-war kepada bakal pelanggan kita yang duduk berdekatan dengan kedai kita, Supaya mereka tahu kewujudan kedai kita, Mereka tahu tawaran-tawaran setiap bulan di kedai kita, Untuk mereka datang dan membeli di kedai kita.

.

8) Raise attendance at your event

Pihak FB menyatakan kepada kita, objektif ini adalah untuk bertujuan:
"Promote your Facebook event to increase your attendance."
Menambah audiens atau kedatangan peserta ke event yang kita anjurkan di Facebook.
Objektif ini sesuai digunakan untuk mempromosikan event yang kita anjurkan.

.

9) Get people to claim your offer

Manusia atau pelanggan, suka dengan diskaun. Gunakan objektif FB Ads ini untuk menarik lebih ramai orang di FB untuk membeli di kedai kita. Berikan diskaun atau tawaran lain yang boleh pelanggan kita claim di dalam kedai atau bisnes kita

.

10) Get video views

Objektif terakhir FB Ads adalah menarik lebih ramai pengguna FB menonton video yang kita muat naik ke dalam FB. Tujuan objektif FB Ads ini adalah menarik lebih ramai orang menonton video viral, promosi, di belakang tabir atau pelancaran produk yang kita buat.
Objektif ini lebih kepada menambah kesedaran (awareness) pelanggan terhadap
jenama, bisnes dan produk kita. Kos video view biasanya lebih murah berbanding objektif yang lain kerana ia menyasarkan jumlah tontonan pengguna yang besar (Bergantung kepada setting).

Untuk dapatkan 40 video tutorial FB Ads yang lengkap dan updated anda boleh terus lihat di SINI , semoga dengan video panduan ini, kempen FB Ads anda akan lebih berkesan dan mampu melonjakkan jualan ke tahap yang lebih tinggi


No comments:

Post a Comment