Tuesday, February 19, 2019

Mari Kenali Pelanggan Anda di Facebook Ads Melalui 4 Jenis


Seperti yang kita tahu, kita boleh memilih siapa yang akan menonton iklan kita apabila
kita mula run kempen pengiklanan di FB Ads. Maksudnya, iklan kita hanya akan tertera kepada pengguna FB yang kita pilih sahaja
.
Antara ciri–ciri pengguna FB yang kita boleh pilih adalah:

1) Lokasi – kita boleh pilih bandar, negeri atau negara.

2) Demographic – Umur, jantina , bahasa dan status hubungan.

3) Like dan Interest – Perkara yang diminati pengguna Facebook.

4) Tahap pelajaran dan tempat kerja - Tahap pelajaran seperti universiti, kolej dan
sebagainya. Tempat kerja seperti kilang industri.
-
4 Contoh - Bagaimana mahu mengenali pelanggan dengan lebih rapat
-
Contoh cara-cara untuk mengenali pelanggan dengan lebih detail lagi adalah..

1) Lokasi - Untuk memilih lokasi, kita pilih pengguna FB yang berada dekat
dengan lokasi kita.Katakan kita ingin iklankan kedai makan, kita pilih pengguna FB yang tinggal dekat dengan kita. Maksudnya di sini adalah kita memilih lokasi pengguna Facebook yang berpotensi untuk minat apa yang kita tawarkan kepada mereka.

2) Demographic – Konsepnya tetap sama. Iaitu memilih ciri–ciri pengguna FB yang berpotensi untuk minat dengan apa yang iklan kita tawarkan kepada mereka. Jadi, pilih umur, jantina, bahasa dan status hubungan yang tepat. Jika iklan kita di dalam Bahasa Melayu, pilih Bahasa Melayu
.
Terdapat juga pengguna FB mengiklankan iklan mereka dalam Bahasa
Cina tetapi mereka tetap target kepada pengguna FB yang berbahasa Melayu.
Tindakan ini akan merugikan mereka kerana logiknya pengguna Bahasa Melayu tidak
faham dengan Bahasa Cina
.
3) Like dan Interest – Untuk memilih Like dan Interest, kita perlu berfikir dengan lebih
jauh. Contohnya, target bagi iklan kita adalah remaja lelaki yang berumur dari 20 hingga 25
tahun yang berminat dengan bola sepak. Jadi, kita masukkan Euro 2012 dan EPL di bahagian Like dan Interest. Kita perlu ambil tahu apa yang prospek kita minat
.
4) Tahap pelajaran / tempat kerja – Jika target iklan kita ada kaitan dengan tahap
pelajaran, pilih tahap pelajaran yang sesuai. Contohnya, target iklan kita adalah untuk pelajar perempuan dalam lingkungan 20-25 tahun yang mengambil jurusan animasi atau multimedia. Jadi kita boleh set kan IPT seperti MMU, Lim Kok Wing dan yang sewaktu dengannya. Lagi kecil skop lagi bagus
.
Begitu juga kalau kita target pekerja kilang, boleh setkan area perindustrian seperti Panasonic, Sharp, Fujitsu dan yang seangkatannya. Cara ini agar iklan akan lebih tepat kepada siapa kita nak tujukan supaya mesej tepat sampai dan kos iklan akan jadi lebih berpatutan.

No comments:

Post a Comment