Saturday, March 9, 2019

Konsep Pengiklanan Berbayar FB Ads dan Google Ads - Part 3



Lebih Detail Pelanggan, Lebih Murah Kos Pengiklanan FB Ads
.
.
Berdasarkan konsep pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak FB, kita tidak boleh menggunakan strategi yang kita gunakan di Google Ads untuk pengiklanan di FB Ads
.
Sebaliknya, kita perlu menggunakan strategi yang berlainan. Iaitu, mengenalpasti siapa yang mungkin meminati produk kita dan setkan iklan hanya untuk muncul kepada mereka sahaja
.
Sebab itu sebelum memulakan kempen FB Ads, pastikan anda telah mengenalpasti Customer Avatar anda. Cipta satu karakter unik siapa pelanggan yang patut mendapatkan produk/servis anda?

Contoh Customer Avatar yang ringkas yang boleh anda cipta :

Jenis Produk - Tudung Harga RM20
Siapa : Ani, Umur 26, Kerja Kerani, Tinggal di Seksyen 36 Shah Alam, Gaji bawah 1500, Single.
Masalah : Nak cari tudung murah mampu milik yang bervariasi dan cantik.
.
Dari customer avatar rekaan itu tadi, barulah anda boleh create satu copywriting yang tepat kepada sasaran bakal pelanggan anda.
.
Secara tidak langsung, anda sudah menghampiri pembeli dan kemungkinan mereka untuk memberi respons kepada iklan anda adalah besar, kerana ayat yang anda bina itu lebih spesifik dan tidak terlalu broad kepada semua orang
.
Apabila kita faham dengan konsep pengiklanan FB Ads ini, kita boleh mencipta pengiklanan FB Ads yang mengurangkan kos pengiklanan FB Ads (kerana iklan menjurus kepada satu jenis orang sahaja).
Dan, cara ini mampu membuat keuntungan yang banyak melalui kempen pengiklanan di FB
Ads ini
.
Manakala Google Ads pula berkonsepkan pencarian keywords
.
Jika FB Ads, iklan yang keluar untuk menarik perhatian prospek, Google Ads pula lebih kepada prospek yang akan mencari solusi. Sebab nya, bila mereka terfikir sesuatu persoalan atau masalah, terus sahaja mereka akan menaip keyword di Google search
.
Sebagai contoh :

Keywords : Tips Fesyen Tudung Murah Cantik
.
Results yang akan keluar kemungkinan besar adalah tips-tips fesyen bagaimana menggayakan tudung murah tetapi cantik sama ada dari website, blog mahupun video tutorial dari You Tube. (Perlu di ambil tahu, You Tube juga adalah milik Google
.
Di samping result yang keluar itulah, iklan Google akan terselit di baris atas paparan carian yang prospek cari. Mungkin mereka hanya mencari tips tutorial, boleh jadi mereka juga akan membeli setelah tertarik dengan copywriting yang muncul
.
Jadi kesimpulannya FB Ads untuk Mencari Pelanggan Targeted, Google Ads pula untuk Dicari Pelanggan Targeted. Kedua-duanya sama powerful dan ada kekuatan tersendiri, bergantung bagaimana anda set dan run kan iklan tersebut
.
Anda dapat sesuatu dari artikel ini ? Boleh share kepada rakan-rakan anda yang memerlukan ya :)

No comments:

Post a Comment