Wednesday, March 6, 2019

Konsep Pengiklanan Berbayar FB Ads dan Google Ads - Part 2

Pengiklanan Di FB Ads Lebih Detail dan Targeted
.
.


FB Ads menggunakan konsep penyesuaian dengan maklumat dan aktiviti pengguna FB , ia juga lebih dikenali sebagai demografi pengguna. Sebab itu sebelum nak beriklan dengan FB Ads, kita perlu mengetahui Customer Avatar atau ciri-ciri unik pengguna supaya iklan itu lebih tepat kepada siapa yang ditujukan
.
Anda pasti biasa pergi ke shopping mall atau masjid di mana penjual mengedarkan flyers secara rambang kepada sesiapa yang lalu-lalang di depan mereka, cara ini memerlukan kos yang banyak dan biasanya tak targeted. Kebanyakan ada yang tak berminat.

Dengan adanya FB Ads, iklan ditayangkan mengikut maklumat yang terdapat pada bahagian profil
pengguna FB dan aktiviti yang sedang dijalankan oleh pengguna FB, seperti Like, Comment, Share, dan sebagainya, data ini direkod oleh FB dan ianya unik 
.
Apabila kita beriklan di FB Ads, kita perlu target maklumat profil pengguna FB yang terdiri daripada umur, jantina, status hubungan, tempat tinggal, tahap pelajaran, minat dan sebagainya (apa
yang terdapat di dalam FB Ads)
.
Melalui target yang kita telah tetapkan, iklan yang kita run hanya akan muncul pada pengguna FB yang menepati ciri–ciri yang telah kita tetapkan
.
Jadi, kelebihan utama pengiklanan di FB Ads adalah kita boleh pilih untuk mengiklankan sesuatu berdasarkan peribadi seseorang. Iklan di FB Ads tidak akan muncul berdasarkan kehendak carian pengguna seperti di Google
.
Tetapi, ia lebih kepada dasar minat dan peribadi pengguna FB yang lebih detail yang telah direkodkan oleh FB. Ia seumpama buku biodata budak-budak sekolah rendah zaman 80-90an dulu2 (sebab asal FB adalah macam buku biodata rakan-rakan university kepada founder FB) 
.
Kita sambung tentang ini di next post ya. Stay Tuned!
.
Jika anda berminat nak tau lebih pantas teknik FB Ads yang terkini , boleh terus pergi ke sini bit.do/MrFBads

No comments:

Post a Comment