Friday, March 15, 2019

7 Point Santai Pemasaran Affiliate




1. Dalam posting sebelum ini, saya telah menerangkan serba sedikit tentang kaedah asas pemasaran FB Ads dan Google Ads. Yang sudah pastinya berbayar. Terdapat juga Teknik pemasaran percuma, tapi nanti kita akan cerita di lain masa ya.

2. Kali ini saya akan berkongsikan tentang ringkasan Pemasaran Affiliate. Affiliate adalah satu teknik pemasaran menggunakan ejen. Biasanya untuk menjual produk digital. Ada juga yang fizikal, tetapi kebanyakannya berbentuk digital seperti eBook, Video, eCourse, Webinar, Software dan lain-lain lagi. Untuk produk fizikal, company yang menggunakan system affiliate diketahui adalah seperti Lazada.

3. Pernah dengar PPL? Atau Pay Per Lead. PPL dan Affiliate adalah saling berkaitan. Okey, kenapa saya nyatakan kedua-dua kaedah ini saling berkait? Ini kerana PayPer Lead dan Affiliate mempunyai konsep yang sama. Kata kuncinya ialah EJEN. Perihal yang membezakan kedua-dua program ini terletak pada PRODUKnya.

4. Kebiasaannya, PPL menawarkan produk secara percuma manakala AFFILIATE menawarkan produk berbayar. PPL dibayar bila ada orang mendaftar butiran nama dan email kepada system PPL. Affiliate pula dibayar bila ada pelanggan yang membeli melalui link affiliate yang membuat jualan. Semuanya dalam talian.

5. Baiklah, untuk menjawab persoalan apa itu affiliate dan bagaimana affiliate berfungsi, saya akan huraikan dalam bentuk cerita. Pasti anda akan dapat memahaminya.

“Ani seorang pengeluar perfume. Beliau bercadang untuk memasarkan produknya kepada umum. Oleh kerana syarikatnya masih baru, beliau merasakan bahawa dia perlu memPROMOTEkan perfume-nya terlebih dahulu. Bila dah kenal baru orang nak beli.

Ani melantik Janna sebagai ejen syarikat beliau. Janna ditugaskan untuk memberitahu orang ramai tentang perfume tersebut. Janna juga boleh terus membuat jualan. Promote punya promote, akhirnya perfume Ani mula dikenali ramai. Ini semua atas bantuan Janna. Perfume pun mula terjual. Seminggu berakhir, Ani memberi Janna RM300.”

Kira-kira di sini : Harga 1 perfume = RM25
Komisyen per perfume = RM 10
Jumlah jualan perfume oleh Janna = 30 unit
Jumlah komisyen Janna = RM10x30 =RM300

6. Di atas adalah gambaran situasi produk yang nyata seorang Owner produk dan Ejen Pemasaran. Tapi dalam affiliate, anda akan menjadi ejen pemasaran di internet. Segala promosi, penjualan produk sehinggalah ke peringkat pembayaran komisyen dilakukan semata-mata dalam internet. Anda tak perlu susah payah pergi sana pergi sini. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Semuanya berlaku di hujung jari.

7. Jika anda berminat nak tahu rahsia buat pasif income santai-santai dari system Affiliate, boleh dapatkan FREE report di SINI ya. Biar santai janji sampai :D

No comments:

Post a Comment