Thursday, March 21, 2019

4 Perkara Yang Perlu Seorang Affiliate Player Ada Untuk Jana Pasif Income




Nampak macam mudah, tapi seorang affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 4 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate
.
1) Produk untuk di promosikan.
Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk dipromosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah promosi anda

Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja
.
2) Landing page atau Squeeze Page.
Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate
.
Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list
.
3) Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi

Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri. Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli produk yang anda promosikan
.
4) Ambil tahu tentang Sistem Jualan Pro for Newbie
Dengan sistem jualan pro untuk beginner atau anda yang mahu berjinak-jinak dengan affiliate, anda tidak lagi perlu pening kepala buat squeeze page, tak perlu buat sales page, tak perlukan autoresonder, semuanya telah disediakan oleh sistem
.
Anda hanya perlu tarik trafik atau beritahu audiens saja kepada laman affiliate anda, biar sistem yang akan melakukan kerja-kerja follow-up sampai close. Tau-tau kaching, notifikasi komisyen masuk. Berminat nak tau macamana ? Download FREE jer kat SINI ya 

Friday, March 15, 2019

7 Point Santai Pemasaran Affiliate




1. Dalam posting sebelum ini, saya telah menerangkan serba sedikit tentang kaedah asas pemasaran FB Ads dan Google Ads. Yang sudah pastinya berbayar. Terdapat juga Teknik pemasaran percuma, tapi nanti kita akan cerita di lain masa ya.

2. Kali ini saya akan berkongsikan tentang ringkasan Pemasaran Affiliate. Affiliate adalah satu teknik pemasaran menggunakan ejen. Biasanya untuk menjual produk digital. Ada juga yang fizikal, tetapi kebanyakannya berbentuk digital seperti eBook, Video, eCourse, Webinar, Software dan lain-lain lagi. Untuk produk fizikal, company yang menggunakan system affiliate diketahui adalah seperti Lazada.

3. Pernah dengar PPL? Atau Pay Per Lead. PPL dan Affiliate adalah saling berkaitan. Okey, kenapa saya nyatakan kedua-dua kaedah ini saling berkait? Ini kerana PayPer Lead dan Affiliate mempunyai konsep yang sama. Kata kuncinya ialah EJEN. Perihal yang membezakan kedua-dua program ini terletak pada PRODUKnya.

4. Kebiasaannya, PPL menawarkan produk secara percuma manakala AFFILIATE menawarkan produk berbayar. PPL dibayar bila ada orang mendaftar butiran nama dan email kepada system PPL. Affiliate pula dibayar bila ada pelanggan yang membeli melalui link affiliate yang membuat jualan. Semuanya dalam talian.

5. Baiklah, untuk menjawab persoalan apa itu affiliate dan bagaimana affiliate berfungsi, saya akan huraikan dalam bentuk cerita. Pasti anda akan dapat memahaminya.

“Ani seorang pengeluar perfume. Beliau bercadang untuk memasarkan produknya kepada umum. Oleh kerana syarikatnya masih baru, beliau merasakan bahawa dia perlu memPROMOTEkan perfume-nya terlebih dahulu. Bila dah kenal baru orang nak beli.

Ani melantik Janna sebagai ejen syarikat beliau. Janna ditugaskan untuk memberitahu orang ramai tentang perfume tersebut. Janna juga boleh terus membuat jualan. Promote punya promote, akhirnya perfume Ani mula dikenali ramai. Ini semua atas bantuan Janna. Perfume pun mula terjual. Seminggu berakhir, Ani memberi Janna RM300.”

Kira-kira di sini : Harga 1 perfume = RM25
Komisyen per perfume = RM 10
Jumlah jualan perfume oleh Janna = 30 unit
Jumlah komisyen Janna = RM10x30 =RM300

6. Di atas adalah gambaran situasi produk yang nyata seorang Owner produk dan Ejen Pemasaran. Tapi dalam affiliate, anda akan menjadi ejen pemasaran di internet. Segala promosi, penjualan produk sehinggalah ke peringkat pembayaran komisyen dilakukan semata-mata dalam internet. Anda tak perlu susah payah pergi sana pergi sini. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Semuanya berlaku di hujung jari.

7. Jika anda berminat nak tahu rahsia buat pasif income santai-santai dari system Affiliate, boleh dapatkan FREE report di SINI ya. Biar santai janji sampai :D

Saturday, March 9, 2019

Konsep Pengiklanan Berbayar FB Ads dan Google Ads - Part 3



Lebih Detail Pelanggan, Lebih Murah Kos Pengiklanan FB Ads
.
.
Berdasarkan konsep pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak FB, kita tidak boleh menggunakan strategi yang kita gunakan di Google Ads untuk pengiklanan di FB Ads
.
Sebaliknya, kita perlu menggunakan strategi yang berlainan. Iaitu, mengenalpasti siapa yang mungkin meminati produk kita dan setkan iklan hanya untuk muncul kepada mereka sahaja
.
Sebab itu sebelum memulakan kempen FB Ads, pastikan anda telah mengenalpasti Customer Avatar anda. Cipta satu karakter unik siapa pelanggan yang patut mendapatkan produk/servis anda?

Contoh Customer Avatar yang ringkas yang boleh anda cipta :

Jenis Produk - Tudung Harga RM20
Siapa : Ani, Umur 26, Kerja Kerani, Tinggal di Seksyen 36 Shah Alam, Gaji bawah 1500, Single.
Masalah : Nak cari tudung murah mampu milik yang bervariasi dan cantik.
.
Dari customer avatar rekaan itu tadi, barulah anda boleh create satu copywriting yang tepat kepada sasaran bakal pelanggan anda.
.
Secara tidak langsung, anda sudah menghampiri pembeli dan kemungkinan mereka untuk memberi respons kepada iklan anda adalah besar, kerana ayat yang anda bina itu lebih spesifik dan tidak terlalu broad kepada semua orang
.
Apabila kita faham dengan konsep pengiklanan FB Ads ini, kita boleh mencipta pengiklanan FB Ads yang mengurangkan kos pengiklanan FB Ads (kerana iklan menjurus kepada satu jenis orang sahaja).
Dan, cara ini mampu membuat keuntungan yang banyak melalui kempen pengiklanan di FB
Ads ini
.
Manakala Google Ads pula berkonsepkan pencarian keywords
.
Jika FB Ads, iklan yang keluar untuk menarik perhatian prospek, Google Ads pula lebih kepada prospek yang akan mencari solusi. Sebab nya, bila mereka terfikir sesuatu persoalan atau masalah, terus sahaja mereka akan menaip keyword di Google search
.
Sebagai contoh :

Keywords : Tips Fesyen Tudung Murah Cantik
.
Results yang akan keluar kemungkinan besar adalah tips-tips fesyen bagaimana menggayakan tudung murah tetapi cantik sama ada dari website, blog mahupun video tutorial dari You Tube. (Perlu di ambil tahu, You Tube juga adalah milik Google
.
Di samping result yang keluar itulah, iklan Google akan terselit di baris atas paparan carian yang prospek cari. Mungkin mereka hanya mencari tips tutorial, boleh jadi mereka juga akan membeli setelah tertarik dengan copywriting yang muncul
.
Jadi kesimpulannya FB Ads untuk Mencari Pelanggan Targeted, Google Ads pula untuk Dicari Pelanggan Targeted. Kedua-duanya sama powerful dan ada kekuatan tersendiri, bergantung bagaimana anda set dan run kan iklan tersebut
.
Anda dapat sesuatu dari artikel ini ? Boleh share kepada rakan-rakan anda yang memerlukan ya :)

Wednesday, March 6, 2019

Konsep Pengiklanan Berbayar FB Ads dan Google Ads - Part 2

Pengiklanan Di FB Ads Lebih Detail dan Targeted
.
.


FB Ads menggunakan konsep penyesuaian dengan maklumat dan aktiviti pengguna FB , ia juga lebih dikenali sebagai demografi pengguna. Sebab itu sebelum nak beriklan dengan FB Ads, kita perlu mengetahui Customer Avatar atau ciri-ciri unik pengguna supaya iklan itu lebih tepat kepada siapa yang ditujukan
.
Anda pasti biasa pergi ke shopping mall atau masjid di mana penjual mengedarkan flyers secara rambang kepada sesiapa yang lalu-lalang di depan mereka, cara ini memerlukan kos yang banyak dan biasanya tak targeted. Kebanyakan ada yang tak berminat.

Dengan adanya FB Ads, iklan ditayangkan mengikut maklumat yang terdapat pada bahagian profil
pengguna FB dan aktiviti yang sedang dijalankan oleh pengguna FB, seperti Like, Comment, Share, dan sebagainya, data ini direkod oleh FB dan ianya unik 
.
Apabila kita beriklan di FB Ads, kita perlu target maklumat profil pengguna FB yang terdiri daripada umur, jantina, status hubungan, tempat tinggal, tahap pelajaran, minat dan sebagainya (apa
yang terdapat di dalam FB Ads)
.
Melalui target yang kita telah tetapkan, iklan yang kita run hanya akan muncul pada pengguna FB yang menepati ciri–ciri yang telah kita tetapkan
.
Jadi, kelebihan utama pengiklanan di FB Ads adalah kita boleh pilih untuk mengiklankan sesuatu berdasarkan peribadi seseorang. Iklan di FB Ads tidak akan muncul berdasarkan kehendak carian pengguna seperti di Google
.
Tetapi, ia lebih kepada dasar minat dan peribadi pengguna FB yang lebih detail yang telah direkodkan oleh FB. Ia seumpama buku biodata budak-budak sekolah rendah zaman 80-90an dulu2 (sebab asal FB adalah macam buku biodata rakan-rakan university kepada founder FB) 
.
Kita sambung tentang ini di next post ya. Stay Tuned!
.
Jika anda berminat nak tau lebih pantas teknik FB Ads yang terkini , boleh terus pergi ke sini bit.do/MrFBads

Monday, March 4, 2019

Konsep Pengiklanan Berbayar FB Ads dan Google Ads. Apa Bezanya?

Ketahui Perbezaan Asas FB Ads dan Google Ads


.
Sebelum kita melaburkan wang yang banyak untuk FB Ads, kita perlu terlebih dahulu memahami konsep pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak FB
.
Apabila kita faham konsep sebenar pengiklanan FB Ads, kita boleh merancang strategi yang lebih baik
.
Hal ini kerana, bukan semua strategi pemasaran sesuai dengan konsep pengiklanan FB Ads. Pengiklanan FB Ads tidak sama seperti Google Ads
.
Di mana Google Ads berkonsepkan pengiklanan carian keyword di Google oleh pengguna Google
.
Apa maksud keyword? Keyword di dalam BM ialah Kata-kunci
.
Contohnya, keyword yang pengguna cari adalah 'Bagaimana Nak Kuruskan Badan'. Jadi, iklan berkenaan dengan produk kuruskan badan sahaja yang akan keluar di paparan carian Google
.
Ia akan muncul sama ada di baris pertama atau kedua ketiga page carian Google dengan tertera perkataan Ad di samping hasil carian percuma yang lain
.
Bila orang yang berminat klik je iklan di Google tersebut, secara automatiknya kos iklan akan dicaj kepada pengiklan. Sebabnya, objektif untuk menarik trafik kepada iklan produk telah tercapai, dan kebarangkalian untuk pencari membeli atau menjadi pelanggan adalah tinggi, bergantung kepada offer yang ditawarkan oleh pihak pengiklan.
.
Bagaimana pula dengan konsep pemasaran FB Ads? Ok, next post kita sambung ye.
.
Jika anda ada akaun FB, jom follow fanpage fb.com/hasneebiz untuk info percuma bisnes online.
.
Jika anda nak cepat belajar teknik terkini FB Ads yang updated mengikut algorithm FB 2019, boleh terus picit SINI
.
Stay tuned !