Monday, February 12, 2018

Mari ketahui kuasa Email Marketing

Tahun 2018 ni, masyarakat Malaysia majoritinya pasti mempunyai Akaun FB. Dan kalau nak buka Akaun FB kena la ada akaun email. Supaya segala mak nenek update dari FB akan sampai ke dalam email dan juga sebagai security purpose
.
Tapi kebanyakan orang khususnya peniaga online tak tahu tentang kuasa sebenar email ni berbanding FB itu sendiri. Di sini saya senaraikan point-point penting berkenaan Email Marketing
.
1. Akaun Email biasanya daftar percuma saja, contoh Yahoo dan Gmail.

2. Tapi untuk buat Email Marketing anda perlu langgan akaun autoresponder percuma atau berbayar contoh Aweber, Getresponse, Trafficwave dan lokal punya seperti Emelmatik. Boleh try Free Kat sini http://bit.ly/AutoEmel

3. Email biasa hanya untuk hantar dan terima Email (Surat Elektronik).

4. Email Autoresponder bertujuan untuk promosi dan memberi update kepada pelanggan-pelanggan.

5. Email Autoresponder lebih bersifat penghantaran secara auto untuk satu-satu kempen atau secara broadcast bila ada update nak bagitau. Biasanya untuk mereka yang ada email address list yang banyak contoh 500 atau 1000 subscriber.

6. Untuk dapatkan Email List mereka perlu ada sesuatu benda nak dibagi sebagai pertukaran prospek yang nak bagi email address. Contoh kat pasaraya yang buat pertandingan gores dan menang, isi butiran dan sebagainya. Butiran tu kira alamat emel di alam maya khasnya dalam bidang email marketing.

7. Nak dapatkan email address boleh secara manual, contoh PM PM di FB Messenger, jenuh juga nak key in satu-satu ke dalam sheet. Jika secara auto, kena ada website untuk letak borang opt in (untuk prospek isi email dan nama) , kemudian sistem autoresponder akan simpan dalam database, sebelum kempen pemasaran melalui emel dilancarkan.

8. Biasanya lepas masuk butiran email, terus dah dapat update dari penjual, sebab dia dah set auto siap-siap. Pastikan anda cek dalam folder SPAM, takut akaun email anda detect ia sebagai spam, kang jenuh nunggu tak dapat-dapat.

9. Akaun Gmail lebih friendly Email marketing berbanding Yahoo (So kalau nak buat akaun email, disarankan buat la akaun Gmail) . Sebab biasanya Yahoo punya sistem akan detect email marketing yang masuk tu sebagai SPAM.

10. Yang paling penting sekali, Email Marketing menjadikan kita pemilik database mutlak terhadap akaun emel yang telah kita simpan, berbanding Friendlist atau Follower di Facebook atau Instagram yang bersifat sementara, kerana FB & IG boleh block atau ban anda jika ada peraturan yang kita tak sengaja langgar terlanggar, dan algorithm yang sentiasa berubah-ubah, menyebabkan tak semua dapat mesej yang nak disampaikan.

Nak tak belajar teknik Pemasaran Tanpa Kos ? Pergi ke sini ye http://bit.ly/TipsZeroCost

No comments:

Post a Comment