Friday, February 9, 2018

Ketahui Mengenai Trafik di Internet

Dalam pemasaran internet, adalah penting untuk mempunyai trafik supaya content yang ingin disampaikan tepat kepada target sasaran. Terdapat juga kes trafik tinggi tetapi tiada jualan atau kurang berlaku jualan kerana trafik yang diperolehi tidak berkualiti
.
Sebelum tu apa itu trafik? Trafik ni kalau kita selalu dengar seperti trafik jamm di jalanraya. Bagaimana penjual sandwich mengambil peluang kesesakan jalan raya di traffic light di pagi hari, membuat jualan langsung kepada pengguna-pengguna jalanraya yang tak sempat membeli sarapan. Yaa, pengguna jalanraya yang tersangkut jamm itu lah trafik, dan ianya percuma sebab tak perlu bayar untuk berhadapan dengan mereka. Manakala penjual sandwich itu adalah Penjual atau Pemasar di ruang offline
.
Bagaimana pula Billboard besar gedabak di tepi lebuhraya Sungai Besi - Seremban, yang menjadi laluan aliran trafik yang tinggi setiap hari? Itupun juga adalah pemasaran secara offline dan ianya secara tidak langsung berbanding si penjual sandwich tadi. Akan tetapi kos nya boleh mencecah puluhan ribu untuk pasang Billboard selama mana yang diperlukan untuk menukar trafik kepada orang yang ingin membeli barang atau servis pengiklan tersebut
.
Nak dapat trafik di internet juga boleh berlaku dengan percuma malah berbayar. Kalau berbayar biasanya kita guna Facebook Ads atau Google Adwords. Ia mampu mendapatkan trafik sepantas mana yang kita mahukan, selagi ongkos nya kita sediakan. Tapi kena ada ilmu juga, silap setting duit boleh lebur. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu masa kini.
.
Nak tak belajar pemasaran internet tanpa kos, ribuan database disediakan, hasil berupaya dilipatgandakan? Sesuai untuk usahawan baru, yang kurang modal untuk pemasaran. Cepat-cepat layari pautan ini ye http://bit.ly/TipsZeroCost

No comments:

Post a Comment