Monday, February 12, 2018

Mari ketahui kuasa Email Marketing

Tahun 2018 ni, masyarakat Malaysia majoritinya pasti mempunyai Akaun FB. Dan kalau nak buka Akaun FB kena la ada akaun email. Supaya segala mak nenek update dari FB akan sampai ke dalam email dan juga sebagai security purpose
.
Tapi kebanyakan orang khususnya peniaga online tak tahu tentang kuasa sebenar email ni berbanding FB itu sendiri. Di sini saya senaraikan point-point penting berkenaan Email Marketing
.
1. Akaun Email biasanya daftar percuma saja, contoh Yahoo dan Gmail.

2. Tapi untuk buat Email Marketing anda perlu langgan akaun autoresponder percuma atau berbayar contoh Aweber, Getresponse, Trafficwave dan lokal punya seperti Emelmatik. Boleh try Free Kat sini http://bit.ly/AutoEmel

3. Email biasa hanya untuk hantar dan terima Email (Surat Elektronik).

4. Email Autoresponder bertujuan untuk promosi dan memberi update kepada pelanggan-pelanggan.

5. Email Autoresponder lebih bersifat penghantaran secara auto untuk satu-satu kempen atau secara broadcast bila ada update nak bagitau. Biasanya untuk mereka yang ada email address list yang banyak contoh 500 atau 1000 subscriber.

6. Untuk dapatkan Email List mereka perlu ada sesuatu benda nak dibagi sebagai pertukaran prospek yang nak bagi email address. Contoh kat pasaraya yang buat pertandingan gores dan menang, isi butiran dan sebagainya. Butiran tu kira alamat emel di alam maya khasnya dalam bidang email marketing.

7. Nak dapatkan email address boleh secara manual, contoh PM PM di FB Messenger, jenuh juga nak key in satu-satu ke dalam sheet. Jika secara auto, kena ada website untuk letak borang opt in (untuk prospek isi email dan nama) , kemudian sistem autoresponder akan simpan dalam database, sebelum kempen pemasaran melalui emel dilancarkan.

8. Biasanya lepas masuk butiran email, terus dah dapat update dari penjual, sebab dia dah set auto siap-siap. Pastikan anda cek dalam folder SPAM, takut akaun email anda detect ia sebagai spam, kang jenuh nunggu tak dapat-dapat.

9. Akaun Gmail lebih friendly Email marketing berbanding Yahoo (So kalau nak buat akaun email, disarankan buat la akaun Gmail) . Sebab biasanya Yahoo punya sistem akan detect email marketing yang masuk tu sebagai SPAM.

10. Yang paling penting sekali, Email Marketing menjadikan kita pemilik database mutlak terhadap akaun emel yang telah kita simpan, berbanding Friendlist atau Follower di Facebook atau Instagram yang bersifat sementara, kerana FB & IG boleh block atau ban anda jika ada peraturan yang kita tak sengaja langgar terlanggar, dan algorithm yang sentiasa berubah-ubah, menyebabkan tak semua dapat mesej yang nak disampaikan.

Nak tak belajar teknik Pemasaran Tanpa Kos ? Pergi ke sini ye http://bit.ly/TipsZeroCost

Friday, February 9, 2018

Ketahui Mengenai Trafik di Internet

Dalam pemasaran internet, adalah penting untuk mempunyai trafik supaya content yang ingin disampaikan tepat kepada target sasaran. Terdapat juga kes trafik tinggi tetapi tiada jualan atau kurang berlaku jualan kerana trafik yang diperolehi tidak berkualiti
.
Sebelum tu apa itu trafik? Trafik ni kalau kita selalu dengar seperti trafik jamm di jalanraya. Bagaimana penjual sandwich mengambil peluang kesesakan jalan raya di traffic light di pagi hari, membuat jualan langsung kepada pengguna-pengguna jalanraya yang tak sempat membeli sarapan. Yaa, pengguna jalanraya yang tersangkut jamm itu lah trafik, dan ianya percuma sebab tak perlu bayar untuk berhadapan dengan mereka. Manakala penjual sandwich itu adalah Penjual atau Pemasar di ruang offline
.
Bagaimana pula Billboard besar gedabak di tepi lebuhraya Sungai Besi - Seremban, yang menjadi laluan aliran trafik yang tinggi setiap hari? Itupun juga adalah pemasaran secara offline dan ianya secara tidak langsung berbanding si penjual sandwich tadi. Akan tetapi kos nya boleh mencecah puluhan ribu untuk pasang Billboard selama mana yang diperlukan untuk menukar trafik kepada orang yang ingin membeli barang atau servis pengiklan tersebut
.
Nak dapat trafik di internet juga boleh berlaku dengan percuma malah berbayar. Kalau berbayar biasanya kita guna Facebook Ads atau Google Adwords. Ia mampu mendapatkan trafik sepantas mana yang kita mahukan, selagi ongkos nya kita sediakan. Tapi kena ada ilmu juga, silap setting duit boleh lebur. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu masa kini.
.
Nak tak belajar pemasaran internet tanpa kos, ribuan database disediakan, hasil berupaya dilipatgandakan? Sesuai untuk usahawan baru, yang kurang modal untuk pemasaran. Cepat-cepat layari pautan ini ye http://bit.ly/TipsZeroCost

Saturday, February 3, 2018

Stay Foolish Stay Hungry

Pernah dengar quote ni ?
.
"Stay Foolish Stay Hungry"
.
Ia diungkapkan oleh Steve Jobs, founder Apple Inc. technology yang tidak asing lagi.
.
Apa yang dimaksudkan dari words tu ialah, kita kena sentiasa rasa kurang pandai dan dahagakan ilmu untuk berjaya. Bila kita rasa kita dah pandai dan serba cukup ilmu, sudah pasti kita rasa hebat dan memandang rendah pada orang lain
.
Buang rasa ego dan meninggi diri tu lah kunci kejayaan, kerana banyak lagi sebenarnya ilmu yang kita belum tahu. Lagi kita belajar lagi banyak benda kita tak tahu sebenarnya. Ilmu Allah tu kan seluas lautan pun tak cukup, tersangat luasnya tak tercapai dek akal
.
Lepas dah belajar jangan lupa diamal dan diajarkan, lagi bertambah lah ruang lingkup ilmu pengetahuan kita, insyaAllah :)

Tuesday, January 30, 2018

FB Algorithm 2018

Siapa sini yang takde FB Account ?
.
Rata-rata masyarakat Malaysia pasti ada 1 FB Account ataupun Akaun Facebook.
Setiap tahun malah setiap masa brader Mark Zuckerberg (FB founder) akan ubah dia punya platform dari segi rekabentuk mahupun algorithm nya
.
Apekebende algorithm tu? Aaaa, algorithm tu macam programming punya coding (budak-budak programmer je tau) yang menjadikan organic reach (capaian secara natural tanpa berbayar) kepada kawan-kawan mahupun audiens menjadi kurang, terutamanya mereka yang berniaga melalui facebook
.
Mereka lebih utamakan pengguna yang share status pergi pasar ke, update pasal menu masak apa harini ke, update pasal bawak anak-anak main jongkang-jongket ke.. hehehe
.
Sebab tu bila post status menjual atau promosi, kadang like kurang. Malah langsung takde
.
Apa puncanya? Sebab FB nak pengguna mereka gunakan FB Ads untuk berniaga, jadi mereka pun dapat sikit untung kat situ. Bijak tak?
.
Jadi, itu saja nak share. Kongsikan kalau bermanfaat ye ;)
.
follow saya di www.fb.com/hasnee.biz

Intro blog Hasneebiz

Salam dan Hi All!
.
Saya Hasnee Ahmad salah seorang Internet Marketer yang telah menceburi bidang internet marketing secara underground sejak 2014 dari Johor dan sekarang menetap di KL. Boleh follow saya di www.fb.com/hasnee.ahmad jika sudi .. hehe
.
Tujuan blog free ni ditulis adalah untuk berkongsi seberapa banyak knowledge dan info yang saya dapat untuk kegunaan anda khususnya peniaga-peniaga online maupun offline yang ingin menjadikan internet sebagai salah satu medium pemasaran yang masiv impact dan powerful . . insyaAllahhh
.
Sekian sahaja dari saya, semoga bermanfaat ;)
.
Hasnee Ahmad
Online Marketer 2018
www.fb.com/hasnee.ahmad