Showing posts with label targeted audience. Show all posts
Showing posts with label targeted audience. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Konsep Pengiklanan Berbayar FB Ads dan Google Ads - Part 3



Lebih Detail Pelanggan, Lebih Murah Kos Pengiklanan FB Ads
.
.
Berdasarkan konsep pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak FB, kita tidak boleh menggunakan strategi yang kita gunakan di Google Ads untuk pengiklanan di FB Ads
.
Sebaliknya, kita perlu menggunakan strategi yang berlainan. Iaitu, mengenalpasti siapa yang mungkin meminati produk kita dan setkan iklan hanya untuk muncul kepada mereka sahaja
.
Sebab itu sebelum memulakan kempen FB Ads, pastikan anda telah mengenalpasti Customer Avatar anda. Cipta satu karakter unik siapa pelanggan yang patut mendapatkan produk/servis anda?

Contoh Customer Avatar yang ringkas yang boleh anda cipta :

Jenis Produk - Tudung Harga RM20
Siapa : Ani, Umur 26, Kerja Kerani, Tinggal di Seksyen 36 Shah Alam, Gaji bawah 1500, Single.
Masalah : Nak cari tudung murah mampu milik yang bervariasi dan cantik.
.
Dari customer avatar rekaan itu tadi, barulah anda boleh create satu copywriting yang tepat kepada sasaran bakal pelanggan anda.
.
Secara tidak langsung, anda sudah menghampiri pembeli dan kemungkinan mereka untuk memberi respons kepada iklan anda adalah besar, kerana ayat yang anda bina itu lebih spesifik dan tidak terlalu broad kepada semua orang
.
Apabila kita faham dengan konsep pengiklanan FB Ads ini, kita boleh mencipta pengiklanan FB Ads yang mengurangkan kos pengiklanan FB Ads (kerana iklan menjurus kepada satu jenis orang sahaja).
Dan, cara ini mampu membuat keuntungan yang banyak melalui kempen pengiklanan di FB
Ads ini
.
Manakala Google Ads pula berkonsepkan pencarian keywords
.
Jika FB Ads, iklan yang keluar untuk menarik perhatian prospek, Google Ads pula lebih kepada prospek yang akan mencari solusi. Sebab nya, bila mereka terfikir sesuatu persoalan atau masalah, terus sahaja mereka akan menaip keyword di Google search
.
Sebagai contoh :

Keywords : Tips Fesyen Tudung Murah Cantik
.
Results yang akan keluar kemungkinan besar adalah tips-tips fesyen bagaimana menggayakan tudung murah tetapi cantik sama ada dari website, blog mahupun video tutorial dari You Tube. (Perlu di ambil tahu, You Tube juga adalah milik Google
.
Di samping result yang keluar itulah, iklan Google akan terselit di baris atas paparan carian yang prospek cari. Mungkin mereka hanya mencari tips tutorial, boleh jadi mereka juga akan membeli setelah tertarik dengan copywriting yang muncul
.
Jadi kesimpulannya FB Ads untuk Mencari Pelanggan Targeted, Google Ads pula untuk Dicari Pelanggan Targeted. Kedua-duanya sama powerful dan ada kekuatan tersendiri, bergantung bagaimana anda set dan run kan iklan tersebut
.
Anda dapat sesuatu dari artikel ini ? Boleh share kepada rakan-rakan anda yang memerlukan ya :)

Tuesday, February 19, 2019

Mari Kenali Pelanggan Anda di Facebook Ads Melalui 4 Jenis


Seperti yang kita tahu, kita boleh memilih siapa yang akan menonton iklan kita apabila
kita mula run kempen pengiklanan di FB Ads. Maksudnya, iklan kita hanya akan tertera kepada pengguna FB yang kita pilih sahaja
.
Antara ciri–ciri pengguna FB yang kita boleh pilih adalah:

1) Lokasi – kita boleh pilih bandar, negeri atau negara.

2) Demographic – Umur, jantina , bahasa dan status hubungan.

3) Like dan Interest – Perkara yang diminati pengguna Facebook.

4) Tahap pelajaran dan tempat kerja - Tahap pelajaran seperti universiti, kolej dan
sebagainya. Tempat kerja seperti kilang industri.
-
4 Contoh - Bagaimana mahu mengenali pelanggan dengan lebih rapat
-
Contoh cara-cara untuk mengenali pelanggan dengan lebih detail lagi adalah..

1) Lokasi - Untuk memilih lokasi, kita pilih pengguna FB yang berada dekat
dengan lokasi kita.Katakan kita ingin iklankan kedai makan, kita pilih pengguna FB yang tinggal dekat dengan kita. Maksudnya di sini adalah kita memilih lokasi pengguna Facebook yang berpotensi untuk minat apa yang kita tawarkan kepada mereka.

2) Demographic – Konsepnya tetap sama. Iaitu memilih ciri–ciri pengguna FB yang berpotensi untuk minat dengan apa yang iklan kita tawarkan kepada mereka. Jadi, pilih umur, jantina, bahasa dan status hubungan yang tepat. Jika iklan kita di dalam Bahasa Melayu, pilih Bahasa Melayu
.
Terdapat juga pengguna FB mengiklankan iklan mereka dalam Bahasa
Cina tetapi mereka tetap target kepada pengguna FB yang berbahasa Melayu.
Tindakan ini akan merugikan mereka kerana logiknya pengguna Bahasa Melayu tidak
faham dengan Bahasa Cina
.
3) Like dan Interest – Untuk memilih Like dan Interest, kita perlu berfikir dengan lebih
jauh. Contohnya, target bagi iklan kita adalah remaja lelaki yang berumur dari 20 hingga 25
tahun yang berminat dengan bola sepak. Jadi, kita masukkan Euro 2012 dan EPL di bahagian Like dan Interest. Kita perlu ambil tahu apa yang prospek kita minat
.
4) Tahap pelajaran / tempat kerja – Jika target iklan kita ada kaitan dengan tahap
pelajaran, pilih tahap pelajaran yang sesuai. Contohnya, target iklan kita adalah untuk pelajar perempuan dalam lingkungan 20-25 tahun yang mengambil jurusan animasi atau multimedia. Jadi kita boleh set kan IPT seperti MMU, Lim Kok Wing dan yang sewaktu dengannya. Lagi kecil skop lagi bagus
.
Begitu juga kalau kita target pekerja kilang, boleh setkan area perindustrian seperti Panasonic, Sharp, Fujitsu dan yang seangkatannya. Cara ini agar iklan akan lebih tepat kepada siapa kita nak tujukan supaya mesej tepat sampai dan kos iklan akan jadi lebih berpatutan.

Monday, February 18, 2019

Nak Beriklan di FB Ads ? Ketahui 3 Teknik Ini Dulu

Nak Beriklan di FB Ads ? Ketahui 3 Teknik Ini Dulu
.
1) Teknik #1

Perkara pertama sekali yang kita perlu buat apabila mahu beriklan di FB Ads adalah
kita perlu senaraikan objektif kita beriklan di FB Ads.

Contohnya;

1) Mahu meningkatkan bilangan pelawat website.
2) Mahu meningkatkan bilangan like di fanpage
3) Mahu meningkatkan bilangan subscriber di senarai emel
4) Mahu mendapatkan jualan untuk produk affiliate atau produk sendiri.
5) Mahu mempromosi produk terkini.

Ini adalah karena..
Teknik yang paling berkesan untuk beriklan di FB Ads adalah setiap kempen
pengiklanan yang kita cipta perlu ada fokus pada satu objektif.
Maknanya, bagi setiap kempen pengiklanan, kita perlu ada objektif.
Jangan beriklan tanpa ada objektif yang jelas. Confirm ke laut weh.
.
Teknik #2

5 Sebab kenapa kita perlu menetapkan objektif iklan FB Ads:
1) Memujuk pengguna FB untuk klik iklan dan seterusnya melawat website kita.
2) Memujuk pengguna FB untuk LIKE Fanpage kita.
3) Memujuk pengguna FB untuk mengambil peluang menjadi subscriber kepada
senarai emel kita.
4) Memberitahu pengguna FB mengenai produk kita dan pikat mereka untuk
membeli.
5) Memberitahu pengguna FB mengenai produk terbaru dan kebaikan
utamanya
.
Teknik #3

Tetapkan satu objektif untuk setiap satu kempen pengiklanan di FB Ads.
Apabila kita fokus kepada satu objektif, kita lebih senang untuk mencipta iklan yang
cantik menarik tertarik kau memang da bomb.

Contohnya, objektif kita adalah 'memujuk pengguna FB untuk klik iklan dan
seterusnya melawat website kita’:

Tajuk : Bagaimana nak kuruskan badan 5 kg dalam masa 2 minggu.
Isi (Copy Body) : Pelajari cara terpantas untuk kuruskan badan dalam masa 2 minggu
sahaja. BACA di sini.

Selain itu, konsep ‘satu objektif untuk satu kempen iklan’, akan menyenangkan kita untuk tetapkan golongan pengguna FB yang mana akan nampak iklan kita berdasarkan objektif kita. Lebih kepada targeted audience dan lebih kecil skopnya. InsyaAllah, lebih senang close
.
Nak lagi Free Info Internet Marketing ? Jom join Group Ini Group FB FREE Info with Hasneebiz