Showing posts with label email marketing. Show all posts
Showing posts with label email marketing. Show all posts

Monday, April 1, 2019

3 Kesilapan Umum Seorang Pemula Affiliate

Haritu saya dah kongsikan apa itu affiliate marketing kan? Hope anda dapat faham sedikit sebanyak apa itu affiliate marketing. Kali ni saya kongsikan kesilapan-kesilapan biasa seorang affiliate yang baru nak bermula menyertai program affiliate marketing.

Kebanyakan pemula affiliate tewas dalam kempen affiliate di sebabkan kesilapan kecil yang biasa dibuat dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan lagi perjuangan suci untuk menambah pendapatan. Ada 3 kesilapan umum yang biasa di amalkan oleh pemula affiliate.



1. Salah Pilih Program Affiliate La Pulak (Tepuk Dahi).
Seperti kebanyakan pemula yang buat affiliate, seorang pemula selalunya lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum nak mempromosikan produk tersebut. Bahasa mudahnya, lupa buat research.  Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web penganjur, pastikan anda bertanya dahulu soalan killer kepada pemiliknya seperti bukti pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada pembeli. Adakah 1st class atau seperti melepas beduk di tangga. Tapi kena tengok juga, terlalu ramai affiliater untuk di support hingga tak menang tangan juga menunjukkan sesuatu produk affilate tu bagus sebenarnya, cuma admin tak sempat jawab. Kena pandai baca juga ye. Huhu

2. Join Banyak Sangat Program Affiliate
Nampak macam tamak lak kan. Ada otai cakap, tak salah tamak untuk berjaya, tapi janganler tamak sangat kome. Yang penting, FOKUS dan buat satu persatu. Pilih satu produk jer dulu, buat squeeze page kemudian cuba promosi dulu. Tengok ada keberkesanan ke idak perginya. Bila dah stabil sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya. Dalam satu masa memang boleh join banyak-banyak program affiliate, tapi dijamin, pada yang baru bermula pasti akan pening, macam kucing nampak cahaya laser, last-last give up. Adeh.

3. Tidak Membeli Produk atau Gunakan Servis yang Ditawarkan.
Betul. Untuk jadi affiliater, tak semestinya anda perlu membeli produk untuk berdaftar, tetapi anda perlu tahu apa yang ada di dalam kandungan sesebuah produk tersebut sebelum  membuat promosi. Jika anda tidak mampu untuk membeli, anda boleh mengolah kandungan promosi anda berdasarkan review atau testimoni affiliater yang lain. Pasti mudah dapat ilham.

Tapi ada satu sistem affiliate ni, dah tak payah pening fikir buat squeeze page, autoresponder untuk follow up pelanggan, semua owner dah setelkan untuk affiliater. Memang sangat membantu untuk mereka yang minat nak join affiliate tapi malas nak pening kepala fikir pasal teknikal setup, follow-up. Power giler la tu kan untuk pemula affiliate. Nak tau macamana? Jenguk je kat SINI

Monday, February 12, 2018

Mari ketahui kuasa Email Marketing

Tahun 2018 ni, masyarakat Malaysia majoritinya pasti mempunyai Akaun FB. Dan kalau nak buka Akaun FB kena la ada akaun email. Supaya segala mak nenek update dari FB akan sampai ke dalam email dan juga sebagai security purpose
.
Tapi kebanyakan orang khususnya peniaga online tak tahu tentang kuasa sebenar email ni berbanding FB itu sendiri. Di sini saya senaraikan point-point penting berkenaan Email Marketing
.
1. Akaun Email biasanya daftar percuma saja, contoh Yahoo dan Gmail.

2. Tapi untuk buat Email Marketing anda perlu langgan akaun autoresponder percuma atau berbayar contoh Aweber, Getresponse, Trafficwave dan lokal punya seperti Emelmatik. Boleh try Free Kat sini http://bit.ly/AutoEmel

3. Email biasa hanya untuk hantar dan terima Email (Surat Elektronik).

4. Email Autoresponder bertujuan untuk promosi dan memberi update kepada pelanggan-pelanggan.

5. Email Autoresponder lebih bersifat penghantaran secara auto untuk satu-satu kempen atau secara broadcast bila ada update nak bagitau. Biasanya untuk mereka yang ada email address list yang banyak contoh 500 atau 1000 subscriber.

6. Untuk dapatkan Email List mereka perlu ada sesuatu benda nak dibagi sebagai pertukaran prospek yang nak bagi email address. Contoh kat pasaraya yang buat pertandingan gores dan menang, isi butiran dan sebagainya. Butiran tu kira alamat emel di alam maya khasnya dalam bidang email marketing.

7. Nak dapatkan email address boleh secara manual, contoh PM PM di FB Messenger, jenuh juga nak key in satu-satu ke dalam sheet. Jika secara auto, kena ada website untuk letak borang opt in (untuk prospek isi email dan nama) , kemudian sistem autoresponder akan simpan dalam database, sebelum kempen pemasaran melalui emel dilancarkan.

8. Biasanya lepas masuk butiran email, terus dah dapat update dari penjual, sebab dia dah set auto siap-siap. Pastikan anda cek dalam folder SPAM, takut akaun email anda detect ia sebagai spam, kang jenuh nunggu tak dapat-dapat.

9. Akaun Gmail lebih friendly Email marketing berbanding Yahoo (So kalau nak buat akaun email, disarankan buat la akaun Gmail) . Sebab biasanya Yahoo punya sistem akan detect email marketing yang masuk tu sebagai SPAM.

10. Yang paling penting sekali, Email Marketing menjadikan kita pemilik database mutlak terhadap akaun emel yang telah kita simpan, berbanding Friendlist atau Follower di Facebook atau Instagram yang bersifat sementara, kerana FB & IG boleh block atau ban anda jika ada peraturan yang kita tak sengaja langgar terlanggar, dan algorithm yang sentiasa berubah-ubah, menyebabkan tak semua dapat mesej yang nak disampaikan.

Nak tak belajar teknik Pemasaran Tanpa Kos ? Pergi ke sini ye http://bit.ly/TipsZeroCost