Monday, April 15, 2019

5 Perkara Perlu Dihindari Ejen Affiliate Sebelum Terus Menjual

Sebelum ejen affiliate mahu menjual atau pun melakukan promosi kepada prospek, ada beberapa perkara penting yang mereka terlepas pandang, yang sering dilakukan menyebabkan kegagalan. Lihat point di bawah antara 5 point yang patut anda elakkan.



Tidak membuat aktiviti pra jualan (info produk).

Kesilapan utama seorang ejen affiliate adalah tidak melakukan aktiviti pra jualan semasa ingin mempromosi produk affliate. Mereka selalunya mempromosi link utama affiliate tanpa perlu direct ke page pra jualan dahulu. Pra jualan penting untuk anda memperkenalkan produk yang anda ingin jual menggunakan ayat anda sendiri. 

Pra jualan boleh jadi landing page, artikel, ebook percuma, video dan lain-lain kaedah pra jualan. Seperti seorang agen insurans yang menerangkan polisi insurans kepada prospek, anda juga perlu menerangkan produk yang anda jual kepada prospek anda.

Ada juga yang terus copy bulat-bulat id affiliate tanpa membuat cloaking atau ringkasan link affiliate. Ini membuatkan prospek tidak berminat kerana link asal kelihatan seperti link spam dan tidak professional.

Tidak membuat website yang asas.

Salah satu kelemahan yang ada pada newbie affiliate adalah mereka tidak tahu bagaimana hendak membuat website. Website adalah komponen yang penting dalam pemasaran di internet. Jika anda tidak tahu, anda perlu belajar. Cukup sahaja tahu membina landing page sendiri. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh juga upah website designer. Ini yang dikatakan membeli masa orang lain untuk anda fokus kepada kerja yang lain.

Tidak tahu cara menarik trafik

Satu kelemahan yang ketara adalah tiada kreativiti di dalam aktiviti promosi. Kebanyakan affilate mempromosikan produk di tempat yang sama seperti affliate yang lain. Untuk menjadi seorang affliate yang berjaya, anda perlu belajar teknik dan cara yang kreatif untuk menarik trafik. Ingat, trafik adalah nadi perniagaan. Tiada trafik bermakna, jualan anda juga akan krik krik sebab tiada siapa tahu apa yang anda jual.

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik seperti

· Forum dan FB Group
· Artikel dan Blogging
· Youtube & FB Live
· Iklan di FB Ads.
· Google Ads
· IG Ads
· SEO
· Dan bermacam-macam lagi medium trafik terkini..

Anda perlu belajar jika tidak tahu. Jika tidak mahu belajar, anda akan ketinggalan kerana teknologi pantas berubah. Ada teknik yang berbayar, ada yang percuma.

Cepat putus asa dan mengalah.

Jika mahu jadi seorang yang berjaya, anda tidak boleh mengalah dengan terlalu cepat, anda perlu berani untuk terus mencuba dan cuba lagi. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya adalah orang berjaya merancang untuk mencuba manakala orang yang tidak berjaya merancang untuk berangan dan gagal. Jika gagal cara A anda ada pelbagai lagi plan B,C, D yang boleh anda explore. Kuncinya adalah konsisten dan buat jerr.

Lambat bertindak dan banyak fikir.

Untuk menjadi seorang affliate yang berjaya juga, anda harus elakkan dari bertindak terlalu lambat. Apa yang anda rancang, patut di selesaikan dengan lebih awal tanpa menangguh-nangguhnya. Jika ada produk baru yang keluar di pasaran atau ada trend terkini yang menjadi ikutan atau  apa sahaja yang terbaru di pasaran, anda perlu pantas bertindak. Ingat, masa itu duit (kalau dulu masa itu emas, tapi sekarang pun emas masih lagi logam yang bernilai tinggi berbanding duit kertas, hehe)

Contohnya jika pada tahun ini produk berkaitan Sistem Jualan PRO memperoleh keuntungan dan sambutan yang menggalakkan, anda perlu pantas membina list bagi niche tersebut supaya apabila ada produk yang lebih hangat keluar pada tahun hadapan, anda sudah bersedia dengan senjata-senjata yang ada. Senang kata, cepat-cepatlah membina database anda dari sekarang.

Tapi jika anda baru bermula dan takde masa dan idea nak buat landing page , squeeze page, autoresponder atau tak sempat membuat follow up, saya cadangkan anda lihat sistem INI yang mungkin boleh membantu . Lihat di SINI sekarang. Owner sistem ni dah siapkan semua dari kerja-kerja follow-up, sehinggalah membawa kepada penjualan produk yang menjadi permintaan ramai , memang awesome.

Monday, April 8, 2019

Teknik Apa Paling Proven dalam Pemasaran Affiliate ?


Recommendation adalah teknik yang paling proven dalam pemasaran affiliate. Cuba anda bayangkan ,

· Anda mungkin membeli insurans setelah dicadangkan oleh ejen insurans.
· 
Anda mungkin akan makan di kedai mamak yang rakan anda usulkan.
· 
Anda mungkin membeli kereta berdasarkan rekomendasi rakan-taulan.
· 
Anda mungkin membeli rumah setelah dicadangkan oleh ejen property.

· 
Dan banyak lagi perkara yang anda lakukan adalah kerana cadangan dari seseorang yang boleh meyakinkan anda.

Sifat suka di recommend dan mengikut apa yang di cadangkan adalah sifat biasa seorang manusia. Manusia sangat mementingkan kesahihan dari orang yang dipercayai, jadi apabila ada seseorang mencadangkan sesuatu, mereka akan ikut dan percaya, kerana ada orang lain yang telah melalui sesuatu dahulu dan ia dipercayai mereka. Ini adalah sifat normal yang ada pada semua orang.

Jadi, saya cadangkan anda jika nak buat affiliate, cuba lakukan dan aktifkan teknik rekomendasi dan cadangkan pada seramai mungkin kengkawan pada produk yang anda promosikan. InsyaAllah berhasil.

Anda nak tau lebih lanjut tentang sistem affiliate yang dibina untuk membuat kerja-kerja autopilot dan ianya proven ? Akses FREE report kat SINI yer

Monday, April 1, 2019

3 Kesilapan Umum Seorang Pemula Affiliate

Haritu saya dah kongsikan apa itu affiliate marketing kan? Hope anda dapat faham sedikit sebanyak apa itu affiliate marketing. Kali ni saya kongsikan kesilapan-kesilapan biasa seorang affiliate yang baru nak bermula menyertai program affiliate marketing.

Kebanyakan pemula affiliate tewas dalam kempen affiliate di sebabkan kesilapan kecil yang biasa dibuat dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan lagi perjuangan suci untuk menambah pendapatan. Ada 3 kesilapan umum yang biasa di amalkan oleh pemula affiliate.



1. Salah Pilih Program Affiliate La Pulak (Tepuk Dahi).
Seperti kebanyakan pemula yang buat affiliate, seorang pemula selalunya lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum nak mempromosikan produk tersebut. Bahasa mudahnya, lupa buat research.  Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web penganjur, pastikan anda bertanya dahulu soalan killer kepada pemiliknya seperti bukti pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada pembeli. Adakah 1st class atau seperti melepas beduk di tangga. Tapi kena tengok juga, terlalu ramai affiliater untuk di support hingga tak menang tangan juga menunjukkan sesuatu produk affilate tu bagus sebenarnya, cuma admin tak sempat jawab. Kena pandai baca juga ye. Huhu

2. Join Banyak Sangat Program Affiliate
Nampak macam tamak lak kan. Ada otai cakap, tak salah tamak untuk berjaya, tapi janganler tamak sangat kome. Yang penting, FOKUS dan buat satu persatu. Pilih satu produk jer dulu, buat squeeze page kemudian cuba promosi dulu. Tengok ada keberkesanan ke idak perginya. Bila dah stabil sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya. Dalam satu masa memang boleh join banyak-banyak program affiliate, tapi dijamin, pada yang baru bermula pasti akan pening, macam kucing nampak cahaya laser, last-last give up. Adeh.

3. Tidak Membeli Produk atau Gunakan Servis yang Ditawarkan.
Betul. Untuk jadi affiliater, tak semestinya anda perlu membeli produk untuk berdaftar, tetapi anda perlu tahu apa yang ada di dalam kandungan sesebuah produk tersebut sebelum  membuat promosi. Jika anda tidak mampu untuk membeli, anda boleh mengolah kandungan promosi anda berdasarkan review atau testimoni affiliater yang lain. Pasti mudah dapat ilham.

Tapi ada satu sistem affiliate ni, dah tak payah pening fikir buat squeeze page, autoresponder untuk follow up pelanggan, semua owner dah setelkan untuk affiliater. Memang sangat membantu untuk mereka yang minat nak join affiliate tapi malas nak pening kepala fikir pasal teknikal setup, follow-up. Power giler la tu kan untuk pemula affiliate. Nak tau macamana? Jenguk je kat SINI